Rabu, 12 November 2008

Serai Wangi


Tanaman serai wangi dipercayai berasal sama ada dari Selatan India atau Sri Lanka. Serai wangi juga tumbuh liar di kebanyakan negara di Asia Tropika, Amerika dan Afrika. Di Malaysia, serai wangi biasanya ditanam di halaman rumah sebagai tanaman dapur dan kebelakangan ini terdapat beberapa pengusaha yang berminat untuk menanamnya bagi menghasilkan minyak pati.


Serai wangi ialah sejenis tanaman rumput yang tinggi dan mempunyai rimbunan daun yang lebat. Ia boleh tumbuh sehingga 1.0–1.5 m. Daunnya bersifat tirus, panjang sehingga 70 – 80 cm dan 2 – 5 cm lebar. Ia berwarna hijau muda, kasar dengan urat yang selari dan mempunyai aroma yang lebih kuat jika dibandingkan dengan serai makan. Serai wangi jarang berbunga dan hanya berbunga bila sudah cukup matang iaitu pada peringkat umur melebihi 8 bulan.


Khasiat dan Kegunaan


Dari segi ubatan tradisional serai wangi digunakan untuk rawatan selepas bersalin dan pening kepala. Caranya adalah dengan menggunakan air rebusannya sebagai mandian atau dibasahkan kepala dan dilapkan pada seluruh badan. Ia juga banyak digunakan dalam menghasilkan minyak urut untuk mengatasi masalah kebas-kebas, lenguh-lenguh, gigitan serangga dan kembung perut.


Bagaimanapun di kebanyakan negara serai wangi ditanam khas untuk pengeluaran minyak patinya. Serai wangi menghasilkan minyak pati yang dikenali sebagai `citronella oil’ di pasaran antarabangsa. Minyak sitronela mengandungi dua bahan kimia penting iaitu sitronelal dan geraniol. Sitronelal dan geraniol amnya digunakan untuk bahan dasar pembuatan ester-ester seperti hidroksi sitronelal, genaniol asetat dan mentol sintetik yang mempunyai sifat lebih stabil dan banyak digunakan dalam industri wangi-wangian. Hidroksi sitronelal penting untuk sabun dan minyak wangi yang berharga tinggi, manakala mentol untuk bahan dasar ubat batuk, ubat gigi dan pencuci mulut.

Belimbing Tanah





POKOK BELIMBING TANAH adalah sejenis tumbuhan yang tumbuh secara meliar di kawasan lembah, tanah lembab atau berlumut dan kaewasan lapang.
Tumbuhan uyang dalam botninya dikenali sebagai Averrhoa Spp ini adalah sejenis pokok yang bersaiz kecil dan mempunyai batang berwarna hijau.

Akarnya pula jenis serabut, daunnya bercabang tiga dan bunganya berwarna ungu keputihan.
Menurut Pegawai di Pusat Sumber Genitik Tumbuhan, tumbuhan ini mempunyai khasiat dalam mencegah penyakit kencing manis dan darah tinggi.

"Berdasarkan pengakuan pengamal perunbatan tradisional, tumbuhan ini dikatakan sesuai untuk mencegah penyakit kencing manis dan darah tinggi," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Bagaimanapun katanya, pokok ini tidak boleh dianggap sebagai penawar untuk menyembuhkan dua jenis penyakit tersebut kerana fungsinya lebih kepada pencegahan. Ini bererti, khasiat pokok ini hanya berkesan apabila penggunaannya diamalkan selalu.

"Berdasarkan pengamal perubatan tradisional, khasiatnya berkesan jika kita menjadikannya sebagai amalan dalam penjagaan kesihatan diri," katanya.
Bagi menghidari penyakit kencing manis,Tajuddin menjelaskan, daun belimbing tanah ini direbus sehingga mendidih dan bila sudah suam, tapiskan air sebelum diminum.

"Buahnya pula jika kita makan, rasannya agak masam tetapi dikatakan cukup sesuai untuk mencegah penyakit darah tinggi," katanya.

Tajuddin berkata, jika kaedah ini diamalkan selalu, insya-Allah kedua-dua jenis penyakit itu dapat dijauhkan.

Patah Tulang




Pokok Patah Tulang adalah sejenis tanaman yang mudah hidup di tanah yang mendapat cahaya matahari atau tempat terbuka yang lapang dan luas. Nama saintifiknya ialah Euphorbia Tirucalli. Pokok ini mempunyai banyak cabang yang mana apabila batangnya dipatahkan, getah putih akan terkeluar. Pelbagai khasiat boleh dihasilkan daripada pokok ini, diantaranya ialah getah pokok ini amat mujarab untuk mengubati luka apabila terpijak kaca atau tertusuk duri. Selain itu, ia juga mampu mengubati sakit-sakit urat dan patah-patah ringan anggota badan.

Dari Keratan Akhbar Mingguan Malaysia

TULANG-TULANG atau TETULANG merupakan tumbuhan herba yang agak pelik bentuknya. Kalau dilihat sekali lalu mungkin pokok yang nama botaninya dipanggil Euphorbia tircalli ini disangka hampir mati, walaupun ia sebenarnya tumbuh segar.
Berbeza dengan kebanyakan tumbuhan lain yang sekurang-kurangnya mempunyai daun, tetulang langsung tidak berdaun apa lagi berbuah.
Keunikan tumbuhan ini turut diakui oleh pegawai dan Pusat Sumber Genetik Tumbuhan.
Menurutnya, bentuk batang dan ranting dahan pokok tetulang adalah panjang dan membulat. Susunan ranting dahannya seolah-olah seperti rangka tulang manusia.

Dari sudut perubatan tradisional Melayu, pokok tetulang ini amat berkhasiat dan berkesan untuk merawat bisul, kesan bengkak dan juga kepatahan tulang.
"Walaupun ia merupakan tumbuhan tanpa daun dan buah, tetapi secara tradisi ia dikatakan mampu merawat bisul, kesan bengkak dan patah," katanya.
Beliau menjelaskan, khasiat tumbuhan ini tertumpu pada cecair getah warna putih yang keluar apabila dipatahkan mana-mana dahannya yang sudah matang.

Tetapi untuk merawat bisul, bengkak atau patah, perlu terlebih dahulu melayurkan ranting dahannya yang segar atas api yang sederhana besar.

"Layurkannya atas api dalam beberapa minit dan bila kepanasannya reda sedikit, tuapkan ranting dahan pokok tetulang ini pada tempat yang terkena bisul, bengkak atau patah tadi.
Kemudian balutlah dengan kain bersih. Amalkan sehingga kesan kesakitannya hilang," katanya