Ahad, 27 Mei 2012



Bunga Kantan

hasil yang lama ditunggu-tunggu ...lama aku tanam ....menanti  hasil jee tetiba ternampak dah kembang  bila berbunga entah ... rezeki jiran ku buat asam pedas... aku masih berpantang mana leh makan lg.


Kantan (Phaecomeria speciosa) ialah sejenis tanaman yang boleh digolongkan sebagai ulam perasa dan pembuka selera.  Tanaman ini dipercayai berasal dari Malaysia dan didapati tumbuh meliar ataupun ditanam di kawasan-kawasan tropika.  Tujuan utama dimasukkan bunga kantan ke dalam masakan ialah untuk membangkitkan bau dan rasa masakan tersebut.  Biasanya bunga kantan yang belum kembang dicampur ke dalam masakan sama ada secara mentah atau dimasak.  Bunga kantan mengandungi sedikit Vitamin A, B, C dan zat-zat galian. 
Dalam setiap 100 gram bahagian yang boleh dimakan mengandungi air 89.2 gm,  protein 1.6 gm,  lemak 1.3 gm, karbohidrat 5.5 gm, serat 1.4 gm, kalsium 54 miligram, fosforus 11 mg. ferum 3.4 mg, natrium 11 mg, kalium 453 mg, vitamin B1 0.02 mg, niasin 0.2 mg, vitamin C 14 mg.

KEADAAN POKOK

Pokok kantan ialah pokok herba jenis tinggi yang boleh tumbuh membiak dan merimbun berkelompok.  Tinggi pokok boleh mencapai sederhana 4m atau 5m.  Batangnya bulat.  Daunnya panjang sederhana besar dan berwarna kehijauan.  Terdapat dua jenis sulur yang akan keluar dari rizom atau ubi iaitu sulur yang akan mengeluarkan bunga dan satu lagi akan mengeluarkan daun.  Bunga kantan bewarna merah jambu dan mempunyai aroma yang kuat tumbuh pada batang yang berasingan daripada daunnya.  Setiap batang hanya sekuntum bunga dikeluarkan.

KHASIAT DAN KEGUNAAN

Boleh dikatakan tiap-tiap bahagian pokok kantan mempunyai khasiat dan kegunaannya.  Sebagaimana yang diketahui, bunga kantan ialah satu campuran penting dalam laksana dan nasi ulam.  Tanpa bunga kantan, kurang lengkap dan kurang enak rasa laksa serta nasi ulam tersebut.  Selain daripada itu, bahagian-bahagian yang mempunyai kegunaan dan khasiat ialah:-
Batang
Buah
Ubi
-
-
-
Boleh digunakan untuk mengubati penyakit bengkak.
Boleh digunakan untuk mengubati kurang selera makan.
Boleh dicampurkan dalam makanan.

KEPERLUAN TANAMAN

Pokok kantan memerlukan tanah yang lembab dan subur iaitu yang mengandungi banyak humas.  Ia hidup subur di kawasan-kawasan teduh.  Oleh itu ia memerlukan sedikit lindungan, biasanya daripada pokok-pokok yang berhampiran.  Di negara kita pokok-pokok kantan banyak terdapat di tepi-tepi sungai.